MENGENAI ENERSOL
Enersol telah ditubuhkan pada awal 80 an sebagai juruperunding dalam pelbagai disiplin. Pada lewat 80an ia telah menjadi penyumbang utama didalam industry getah dunia. Enersol telah berkembang pesat dan meningkat maju serta menjadi pendahulu dalam berbagai bidang teknologi ujian, khususnya didalam bidang barangan getah. Enersol beribu pejabat di Sydney Australia serta mempunyai cawangan kedua di Pulau Pinang, Malaysia
Enersol menawarkan perkhidmatan makmal ujian , peralatan pengujian, rekabentuk peralatan baru serta penyelidikan dan pembangunan, perkhidmatan perunding, perkhidmatan penyenggaraan dan penentuukuran serta perkhidmatan latihan.
Enersol telah diperakui memenuhi akeritasi ISO17025 dan pensijilan ISO9001. Pekhidmatan dan teknologi kami digunakan diseluruh dunia.
Maklumat mengenai akreditasi Enersol dibawah.
AKREDITASI
Enersol diperakui memenuhi keperluan akreditasi ISO17025 oleh NATA (Enersol Pty Ltd, Australia) dan DSM (SAMM) (Enersol Sdn Bhd, Malaysia). Syarikat juga diperakui memenuhi pensijilan ISO9001 oleh BSI (Enersol Pty Ltd, Australia) dan SIRIM (Enersol Sdn Bhd, Malaysia).
Enersol diperakui memenuhi keperluan akreditasi didalam pengujian kondom lelaki, kondom wanita, sarung tangan examination, sarung tangan pembedahan, dams (latex barrier membrane), kateter, tampon, gelang getah, IUDs, botol air panas, picagari, luer lock fitting, luer taper fittings, jarum suntikan, persampelan dan mainan kanak-kanak.
Pensijilan ISO9001 juga merangkumi bidang diatas selain dari bidang rekabentuk, pembuatan, pemasangan dan servis untuk peralatan ujian peranti perubatan dan produk getah. Ia juga termasuk Ujian Kecekapan antara makmal (Interlaboratory Proficiency Trials) untuk kondom, sarung tangan, jarum, conical 6% luer fittings dan small bore connectors.
KUALITI DAN TEKNOLOGI
Enersol komited untuk mencapai piawaian tertinggi dalam bidang peralatan pengujian makmal dan rekabentuk, perisian computer untuk makmal dan persembahan data.
Enersol terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan secara berterusan dan mengadaptasi teknologi dan perisian nya dengan cepat jika ada pertukaran yang diperlukan untuk memenuhi kehendak piawaian atau peraturan. Eksekutif Enersol mewakili Australia didalam jawatankuasa ISO bagi kondom and jawatankuasa teknikal bagi sarung tangan dan mengambil bahagian didalam jawatankuasa dalam kontraseptif mekanikal dan sarung tangan perubatan di Piawai Australia . Dr Gerofi (Pengarah Urusan) juga adalah Penilai Teknikal NATA.